Rabu, 01 Januari 2014
Browse Manual »
Wiring »
‘wedding
»
fasha
»
mahu
»
of
»
sandha
»
the
»
tidak
»
year’
»
Fasha Sandha Tidak Mahu ‘Wedding Of The Year’
Fasha Sandha Tidak Mahu ‘Wedding Of The Year’
Salam semua,
Mahu bersederhana sahaja. Itulah permintaan untuk perkahwinan Fasha Sandha yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Khabarnya mereka bakal berkahwin 29 April ini. Namun begitu Fasha enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya.

“Ya, kami akan bernikah April ini, tetapi atas permintaan bakal suami saya, saya tidak boleh dedahkan tarikh sebenar. Bila dah dekat dengan tarikhnya, kami akan edarkan kad tanpa mengadakan sebarang sidang media untuk mengumumkan tarikh itu.“Lagipun, majlis yang diadakan hanya sederhana. Saya tidak pernah mengimpikan majlis besar-besaran dengan gelaran Wedding Of The Year, cukuplah sekadar majlis itu sederhana tetapi sentiasa diingati. Bagi kami, majlis sederhana lebih indah kerana kita dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Jika terlalu ramai, kita tak sempat nak melayan mereka.”
Itulah kata-kata Fasha Sandha yang bakal melangsungkan pernikahan di rumah yang dibeli bakal suaminya di Ampang. Tidak mahu menjejaki selebriti lain yang mengadakan sidang media untuk mengumumkan tarikh berkenaan dan tidak mahu menjemput terlalu ramai ke majlis mereka.
“Majlis pertama di kediaman baru di Ampang, ia diadakan sekali gus dengan majlis akad nikah. Kami hanya menjemput 200 tetamu sahaja. Tiada sebarang tema untuk majlis pertama.“Di Perlis, saya memilih tema tradisional. Majlis yang diadakan lebih besar kerana keluarga saya sangat ramai, mungkin 1,000 tetamu. Bagi resepsi ketiga, ia di luar Malaysia dan dihadkan kepada 200 tetamu sahaja. Ia hanyalah untuk kenalan terdekat sahaja.”
Tidak Mahu Terhutang Budi
Walaupun menerima terlalu banyak tawaran penajaan untuk perkahwinannya, Fasha terpaksa menolak kesemua tawaran tersebut. Fasha menyatakan tidak mahu terhutang budi. Segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan dibeli sendiri bakal suaminya tanpa tajaan. Ye lahkan, orang berduit, buat apa mahu tajaan. Lagipun kalau termakan hasil tajaan, nanti jadi sama pula seperti sebelum ini.
“Sejak awal perancangan lagi, bakal suami melarang saya untuk menerima sebarang tajaan. Dia mahu mengeluarkan wangnya sendiri untuk majlis kami.Meskipun saya mendapat banyak tawaran tajaan, tapi terpaksa ditolak atas permintaan Jejai. Setelah difi kirkan, betul juga pendiriannya kerana dapat mengelak daripada terhutang budi satu hari nanti. Biarlah segalanya daripada kami sendiri.”
Akan Terus Berlakon
Tarikh perkahwinannya sememangnya hampir tiba tetapi Fasha tetap bernekad untuk meneruskan penggambaran drama yang dijanjikannya.
“Saya akan ke Perancis untuk penggambaran drama pada 28 Mac sehingga 6 April ini. Selepas itu, saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan.Selepas semuanya selesai, barulah saya akan kembali berlakon. Soal karier, bakal suami tidak pernah melarang dan kami telah berbincang mengenai hal ini. Namun, saya akan mengehadkan lakonan saya selepas bergelar isteri. Saya tidak akan berhenti kerana ramai peminat yang masih mahu menyaksikan lakonan saya.”
Istimewanya kedua bakal mempelai ini hanya memilih Pulau Redang sebagai lokasi bulan madu. Wah! Dalam negara lagi seronokkan.
Ikuti lakonan terbaru Fasha dalam drama ‘Seindah Sakura’ bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia di mana Fasha diberi peranan memegang watak sebagai Syaqira, yang menghadapi kesempitan hidup dan dibesarkan oleh moyangnya, lakonan Ruminah Sidek.[sumber]
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar